Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?

"Jangan pandang mudah"

Bagi wanita yang berkahwin dan inginkan anak, masalah peranakan jatuh adalah satu isu yang besar dan perlu ditangani dengan segera. Jika ada wanita yang memandang mudah masalah ini maka penerangan dibawah ini mungkin boleh mengubah persepsi anda.

Apa itu peranakan jatuh?

Peranakan jatuh yang lebih dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh berlaku jika terdapat kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.

kesan-dan-akibat-peranakan-jatuh

Antara kesan dan akibat masalah peranakan jatuh ialah:

1. Gangguan kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah prolapse akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutama ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

2. Gangguan hubungan kelamin

Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan.

3. Sakit pinggang dan tidak selesa

Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

4. Gangguan kesihatan

Jika prolapse yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan tergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Ada setengah kes kesukaran mengandung adalah akibat daripada peranakan jatuh. Masalah ini biasanya diatasi dengan proses mengurut dengan bidan kampung yang mahir untuk mengangkat balik peranakan.

Sumber

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?