Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh

"1/3 wanita mengalaminya"

Dikatakan hampir satu pertiga wanita di dunia ini mengalami peranakan jatuh atau prolapse.

Apakah sebenarnya prolapse?

Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Cara-untuk-cegah-peranakan-jatuh

Dalam tulisan lain ada diceritakan kesan dan akibat peranakan jatuh.

Bagaimana untuk mencegah peranakan jatuh?

  1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja luar seperti jurutera
  2. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang
  3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  4. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

Walaupun nampak langkah pencegahan yang diberikan mudah tetapi langkah mudah ini jika diamalkan boleh membantu diri kita menjadi lebih sihat dan ceria.

Sumber

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?