Ikan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

"Sumber protein paling baik"

  • Ikan secara umumnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan kerana mengandungi kandungan gizi yang cukup tinggi. Malah ikan merupakan sumber protein yang paling baik serta khasiat lain yang boleh mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
  • Khasiat ikan juga telah dibuktikan di dalam pelbagai jurnal kesihatan, media cetak mahupun elektronik dari dalam dan luar negara.
Ikan Berkhasiat Untuk Ibu Hamil
  • Ia diperakui baik untuk kesihatan anak-anak, ibu hamil dan orang dewasa.
  • Kajian di luar negara pada tahun 2004 yang lalu mendapati wanita yang mengambil ikan secara rutin sepanjang tempoh kehamilan akan mempunyai anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang baik sebelum usia 18 bulan.
  • Kajian tersebut sememangnya membuktikan hubungan di antara menu ikan dengan perkembangan neurologis dan aspek kognitif dengan melibatkan lebih daripada 7000 kanak-kanak.
  • Melalui kajian itu juga dapat dibuktikan bahawa kemampuan sosial serta perkembangan kemampuan bahasa anak-anak yang telah diberi menu ikan paling sedikit satu minggu sekali sebelum berusia setahun adalah lebih baik berbanding anak-anak yang tidak diberikan menu ikan.
  • Di dalam kajian yang dilakukan oleh pakar dari Denmark mengatakan bahawa risiko melahirkan bayi pra-matang dapat dikurangkan apabila ibu hamil banyak memakan ikan selama tempoh kehamilannya. Selain itu, para pengkaji juga menemui kesan positif lain iaitu kelahiran bayi dengan berat badan normal.
  • Selain ibu hamil, amalan memakan ikan juga baik di kalangan orang dewasa. Contohnya, ia dapat mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti penyakit jantung, kematian mendadak dan sebagainya.
  • Di Amerika Syarikat, melalui Persatuan Kesihatan Jantung Amerika, dan Persatuan Dietetik Amerika, seluruh masyarakatnya disarankan untuk mengambil ikan dua kali seminggu demi memelihara kesihatan jantung.
  • Di dalam kajian terbaru yang diterbitkan di dalam Jurnal Kedoktoran Inggeris, pola makan yang memasukkan menu ikan di dalamnya dapat menurunkan risiko mati mendadak di kalangan pesakit jantung lelaki. 

Sumber

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?