Cara merawat batu karang secara semulajadi kaedah alternatif

"Kita hanya mampu berusaha, segalanya ketentuan Allah"

Kaedah yang akan saya kongsikan ini sebenarnya telah mendapat respon positif daripada mereka yang telah mencubanya. Antara komen mereka ialah:

"Alhamdulillah saya dah cuba cara ini dan berkesan. Saya guna apple yang segar dan mesin sendiri. Untuk dapat 1 liter memerlukan lebih kurang 15biji. Saya dah buat dua kali treatment ini. Lepas kali pertama memang ada keluar batu-batu tu. Selepas kali kedua batu keluar lagi banyak dari yang pertama kali. Nanti cadang nak buat lagi untuk kali ke-3. Cubalah... Sekurang kurangnya kita cuba sesuatu sebelum operation membuang hempedu. Pada saya cara ini tidak teruk mana pun. Apple pun sedap. Think positive."   - Rehan Hussain -

"3 hari selepas saya jumpa kawan yang kena batu karang dikilang hempedu dan ikut rawatan ini dia kata memang berkesan tanpa perlu bedah."   - Dr Hamid Arshat -

"Saya dah cuba memang menjadi. Sebenarnya, epal tu yang melembutkan batu-batu karang yang ada dalam kilang hempedu kita. Apabila buang air besar (maaf ye) akan keluar ketul-ketul bewarna hijau ianya batu karang yang sudah lembut. Percayalah, batu karang adalah punca sakit cancer. Kalo tak mahu minum juice epal, makan buah epal kurang-kurang 5 biji sehari. Selamat mencuba."   - Ruzianti Omar -

Cara merawat batu karang secara semulajadi

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gallbladder Stones):

  1. Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
  2. Hari ke-6 jangan makan malam (dinner).
  3. Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli di kedai farmasi.
  4. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
  5. Pukul 10 malam, Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
  6. Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.

Cara ini saya ambil daripada perkongsian Dr Hamid Arshat di Facebook beliau.

Jika masih tidak jelas saya kongsikan pula perkongsian pengalaman oleh mereka yang telah mencuba sendiri kaedah ini:

Cara merawat batu karangkaedah alternatif

Bulan lepas aku kena gastrik, tak pernah pernah kena gastrik tiba-tiba kena pulak. Pergi klinik makan ubat, selepas itu ok.

Ubat habis jadi balik. Mungkin sebab tak jaga makan.

Selepas kali ketiga pergi klinik. makan ubat dan jaga pemakanan, Alhamdulillah gastrik dah ok.

Walaupun gastrik dah ok tapi my soulmate nak bawa juga jumpa doktor pakar. Thank you so much sebab dengan jumpa doktor pakar aku dapat tahu sesuatu yang aku tak tahu.

Ada empat biji batu dalam hempedu. Doktor syorkan operate. Aku seboleh bolehnya tak nak operate. Nak cuba cara lain dulu.

Terima kasih banyak banyak kepada seorang kawan kerana dia memberikan petua mengeluarkan batu secara semulajadi. Terima kasih Chan diatas petua tersebut. Dengan petua yang diberikan oleh kawan tu jugak lah membuatkan wujudnya blog ini yang mana aku nak share dengan orang lain.

Cara caranya:
1) Hari 1 – 5  
Minum apple juice 1 liter sehari. Aku bahagikan 1 liter tu kepada 4 bermakna 250ml bersamaan dengan 1 cawan sekali minum.

2) Hari ke 6
Pagi minum 1 liter apple juice.
Tengah hari lepas pukul 1.30 dah tak boleh makan apa-apa dah. Bermakna puasalah.
Pukul 6 petang – minum 5gm Epsom salt + air suam 250ml.
Pukul 8 malam – ulang langkah yang sama macam pukul 6 tadi
Pukul 9.45 malam – 125ml olive oil  + 125ml jus lemon, kacau dan minum.
Pukul 10 malam – habiskan minum olive oil dengan lemon juice tadi dan terus tidur. Ambil beg air panas letak kat bahagian hempedu. Tidur mereng sebelah kanan. Bersedialah untuk ke toilet esoknya sebab insyaallah batu tu akan keluar….

3) Hari ke 7
Insyaallah batu tu akan keluar….

Untuk diriku Alhamdulillah its work dan insyallah Ahad ni aku nak buat lagi untuk kali ke dua.

Sumber : Blog Rehan Hussain

Untuk pengetahuan pembaca, boleh guna epal hijau atau merah, asalkan epal. Untuk lagi bagus epal hijau. Satu lagi gunalah berapa biji epal pun sebab tiada bilangan yang tetap asalkan cukup 4 gelas atau 1 liter jus.

Selamat mencuba!

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?