Bahaya Trend Bersalin di Rumah Tanpa Pakar

"Sanggup pertaruh nyawa"

Berani mencuba sesuatu yang baharu dan dirasakan mampu membawa perubahan kepada masyarakat adalah satu perkara yang positif. Tetapi apabila melibatkan nyawa manusia mungkin sikap itu perlu dinilai balik.

Berikut adalah laporan daripada akhbar Harian Metro:

----------------------

Maut. Itu harga terpaksa dibayar dua lelaki apabila membenarkan isteri mereka bersalin di rumah tanpa kehadiran pakar perubatan moden atau bidan berpengalaman.

Bahaya trend bersalin di rumah tanpa pakar

Dalam dua kejadian pada Jun dan Disember tahun lalu di Ampang dan Sungai Buloh, dekat sini, dua wanita berusia 30-an yang hanya ‘berbidankan’ suami ketika bersalin di rumah maut akibat komplikasi ketika proses kelahiran.

Mendedahkan perkara itu, seorang pakar perubatan yang enggan namanya disiarkan berkata, kedua-dua wanita terbabit boleh dianggap sebagai mangsa kepada ‘trend’ terkini dipromosikan pihak tertentu yang berpendirian bersalin di rumah lebih baik daripada di hospital.

Menurutnya, kaedah dinamakan AMANI itu aktif dipromosikan di dalam dan luar negara oleh kelompok tertentu di atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

AMANI adalah singkatan daripada istilah Bahasa Inggeris iaitu Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth atau membantu ibu melahirkan bayi secara aktif, semula jadi dan berdasarkan naluri.

Wanita yang mempunyai sejarah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun pernah dibedah mempunyai risiko cukup tinggi dan tidak boleh bersalin di rumah.

------------------------------

Mungkin pada satu masa nanti apabila setiap pasangan mempunyai ilmu dan pengalaman yang cukup maka mereka boleh memilih untuk bersalin di rumah. Akan tetapi ingatlah yang kelengkapan dan kepakaran yang ada di rumah tidak akan dapat menandingi apa yang ada di hospital.

Sumber

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?