Bahana Suntik Minyak Masak di Muka

"Cantik tapi seksa"

Di bawah ini dipaparkan beberapa kes dan cerita tentang akibat buruk menyuntik minyak masak ke muka. Tujuannya adalah supaya nampak kulit muka lebih tegang, cantik dan muda.

KES 1:

Bahana suntik minyak masak di muka 1

Gara-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.

Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.

Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak membuahkan hasil. Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.

Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya disiarkan oleh televisyen tempatan. Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit wajahnya.

Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada lehernya. Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.

KES 2:

Bahana suntik minyak masak di muka 2

Pada September 2011, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.

Pihak berkuasa Illinois mengesahkan, kematian Hardt berpunca daripada lemak lembu berkenaan.

Mengikut pandangan Islam

Pembedahan plastik wajib dilakukan apabila pembedahan tersebut bertujuan menutup luka, memperbaiki bekas luka parah, menampal kulit kesan terbakar yang sangat parah terutama membabitkan wajah dan bahagian yang biasanya dapat dilihat.

Antara contoh yang dibolehkan untuk melakukan pembedahan adalah seperti menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari keenam, lebihan daging dan sebagainya.

Sementara itu, prosedur dikatakan haram adalah perbuatan mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti mengubah alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan lain-lain.

Firman ALLAH SWT: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (A-li'Imraan 3:6)

Janganlah kita mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,

"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata. (An-Nisaa' 4:119)

Sumber

Bahana Suntik Minyak Masak di Muka
Hormati Pilihan Orang Lain
Cara Untuk Cegah Peranakan Jatuh
Apakah kesan dan akibat peranakan jatuh?